suria

Ahli Politik Kunci Kereta UPE Kerana Disalah Letak

GEORGETOWN: Seorang ahli politik merantai sebuah kereta pacuan empat roda milik Unit Perancang Ekonomi Negeri yang diletakkan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri di Light Street di sini, Isnin.

Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia, Liew Yeow Hooi berkata, dia bertindak demikian kerana ingin memberi pengajaran kepada ahli politik supaya tidak meletak kenderaan di tempat yang salah.

"Sewaktu saya memandu di jalan tersebut pagi ini, saya menyedari sebuah kereta yang diletakkan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Menurut Liew, dia menghubungi Majlis Perbandaran Pulau Pinang supaya mengeluarkan saman ke atas kenderaan itu selepas merantai tayar pada petang Isnin tetapi meninggalkan tempat itu lima minit kemudian apabila tiada seorang pun daripada pihak berkuasa tempatan datang untuk mengambil tindakan.

Liew meninggalkan satu nota dalam Bahasa Cina yang diletakkan di cermin kenderaan itu.

Nota itu berbunyi;Jangan pakirkan kereta sesuka hati. Tunjukkanlah contoh baik pada orang ramai."

Liew mengakui tidak mengendahkan arahan polis yang bertugas di bangunan tersebut yang mahu dia mengalihkan rantai itu.

Kenderaan itu kemudiannya dipandu oleh seseorang ke dalam kawasan bangunan tersebut dengan rantai yang masih berkunci.

Terdapat tiga kenderaan milik kerajaan negeri diletakkan di hadapan bangunan itu pada satu masa.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang ASP Ahmad Ezzely Razali berkata, tindakan mengunci tayar kenderaan itu hanya boleh dilakukan oleh anggota penguatkuasaan masjlis perbandaran negeri tersebut.

Bagaimanapun, Ahmad tidak memberikan sebarang komen sama ada tindakan akan diambil terhadap orang awam yang mengunci tayar kenderaan yang menghalang lalu lintas.

Semalam, merupakan hari pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bersidang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain