suria

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Adakan Sesi Pendengaran Awam

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya akan mengadakan sesi pendengaran awam dalam tempoh tiga bulan bermula November ini hingga Januari tahun depan.

"Jawatankuasa berkenaan akan menemui wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu berdaftar bermula 11 November ini.

"Proses pendengaran awam tersebut akan diadakan di enam lokasi di seluruh negara dengan dua sesi pada setiap tempat, kata Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dalam satu notis pemberitahuan pada Isnin.

Menurutnya, sesi pertama diadakan pada 11 dan 12 November bermula pukul 9.30 pagi di Bilik Jawatankuasa 2, bangunan Parlimen diikuti pada 25 dan 26 November di Bilik Kedah, Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah diKota Kinabalu.

Sementara itu, pada 8 dan 9 Disember pendengaran awam akan diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia, Kuching , Sarawak manakala pada 15 dan 16 Disember proses tersebut akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Bagi wilayah Pantai Timur akan diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Kota Baru, Kelantan pada 7 dan 8 Januari manakala di kawasan selatan ia akan diadakan pada 12 dan 13 Januari di Bilik Gerakan Tun Razak,Bangunan Sultan Ibrahim, Johor.

Sebarang cadangan dan maklum balas boleh dikemukakan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Malaysia di Bangunan Parlimen Malaysia.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 0326017489 atau 03-26017199 atau menghantar emel [email protected].

Jawatankuasa Pilihan Khas ini bertanggungjawab mengkaji perkara yangakan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan pada pilihan raya akandatang.

Artikel Lain