suria

Polis Pulau Pinang Tahan 21 NGO Warga Asing

GEORGE TOWN: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus, di sini awal pagi Ahad dan menahan 21 orang wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Jurucakap polis berkata mereka yang berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam Ops Noda yang bermula pukul 2.45 pagi.

Katanya, mereka terdiri daripada 15 warga China, Vietnam (5) dan seorang Kemboja.

"Mereka masuk menggunakan pas lawatan sosial, baru bekerja di pusat hiburan berkenaan dan dipercayai turut menawarkan khidmat seks," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia awal 30-an yang dipercayai 'pelindung' kepada wanita berkenaan.

"Semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Timur Laut dan kes disiasat menurut Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timut Laut ACP Gan Kok Meng ketika dihubungi berkata operasi seupama itu akan diteruskan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain