suria

Pembangkang Cenderung Salahkan Umno-BN - Muhyiddin

SERDANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah menjadi kecenderungan parti pembangkang untuk meletakkan semua kesalahan ke atas Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyalahkan penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anak lelakinya itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita berusia 16 tahun dan cuba melepaskan diri dari hukuman.

"Jangan salahkan sesiapa. Bagaimanapun, ia menjadi kecenderungan pembangkang dan Pakatan. Apabila mereka ada masalah sendiri, mereka mula menyalahkan Umno.

"Bagaimanapun sekiranya ada kesalahan, kita perlu mencari apa punca utama," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin B NSelangor di sini, Sabtu.

Muhyiddin juga meminta Guan Eng membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.

"Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain