suria

Sistem Maklumat Klinikal Pergigian Akan Diperluas - Liow

MUAR: Sistem Maklumat Klinikal Kesihatan Pergigian (OHCIS) yang diperkenalkan di 10 klinik pergigian di Johor dan satu di Selangor tiga tahun lepas,akan diperluas ke 800 klinik di seluruh negara mulai tahun depan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata melalui kaedah itu, maklumat tentang pesakit gigi yang mendapat rawatan boleh diperoleh melalui internet.

Langkah memperluaskan sistam itu bertujuan memberikan perkhidmatan pemeriksaan pergigian menyeluruh di negara ini, katanya kepada pemberita selepas melancarkan sistem itu di Klinik Kesihatan Maharani di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini, Sabtu.

Beliau berkata ia bagaimanapun akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga semua Klinik Pergigian Kerajaan mempunyai sistem berasaskan teknologi maklumat (ICT).

Penggunaan sistem itu berjaya memendekkan tempoh menunggu untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian di Klinik Pergigian dari satu jam kepada setengah jam sahaja. Mengenai pencapaian perkhidmatan pergigian, Liow berkatapada masa ini hampir seratus peratus murid sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaandan 70 peratus pelajar sekolah menengah menjalani pemeriksaan pergigian di klinik-klinik pergigian.

Ini termasuk sekolah di ladang-ladang dan kampung Orang Asli, katanya.

Liow berkata bagi meningkatkan khidmat lebih menyeluruh, satu program pemeriksaan pergigian peringkat komuniti akan dilancarkan tidak lama lagi. -BERNAMA

Artikel Lain