suria

Sembilan Keluarga Sambut Deepavali Lebih Ceria Dengan Nippon Paint

KUALA LUMPUR: Sambutan perayaan Deepavali lebih meriah bagi sembilan keluarga di Taman Prima Selayang, Selangor, setelah syarikat pengeluar cat, Nippon Paint mengecat baru rumah mereka menggunakan produk cat keluaran syarikat tersebut, Jumaat.

Aktiviti mengecat rumah penduduk yang terpilih itu merupakan salah satu acara dalam program Nippon Paint Colours of Life yang dibuat dalam usaha syarikat itu menyediakan persekitaran yang kondusif dan meriah di rumah semasa sambutan perayaan tersebut.

Menurut Penolong Pengurus Besar Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat Nippon Paint (M) Sdn Bhd, Jason Ho, program itu juga dilaksanakan Nippon Paint dengan kerjasama badan amal, Persatuan kebajikan Generasi Gemilang (PKGG).

"Keadaan rumah diketahui membawa pengaruh psikologi ke atas tingkah laku, emosi dan kesihatan mental seseorang.

"Dengan membantu mewujudkan suasana yang lebih mesra dan selesa, kami ingin menggalakkan keluarga ini menghabiskan lebih banyak masa bersama di rumah dan seterusnya membina ikatan keluarga yang lebih kukuh," katanya.

Seorang penduduk yang rumahnya dicat Nippon Paint, Thulasi, berasa kagum dengan perubahan wajah ruang tamunya yang baru dicat semula.

"Dengan cat baru ini, rumah saya nampak lain dan jauh lebih ceria," katanya.

Seorang lagi penduduk, Vigeswari dan keluarganya memilih untuk mengecat semula rumah mereka dengan warna merah jambu.

"Anak-anak sangat gembira dengan warna baru rumah kami kerana ia memberikan rasa yang berlainan sekali," kata Vigeswari.

"Saya berterima kasih kepada Nippon Paint kerana membuatkan rumah saya nampak cantik di hari perayaan Deepavali akan datang," kata seorang lagi penduduk, Prema.

Artikel Lain