suria

KPWKM Tubuh Jawantakuasa Perwakilan Kanak-Kanak - Shahrizat

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menubuhkan jawatankuasa perwakilan kanak-kanak dan jawatankuasa kerja bagi melaksanakan sistem pengadilan di kalangan golongan itu.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jawatankuasa itu sebagai langkah membantu kerajaan mengetahui pandangan kanak-kanak serta cita rasa mereka.

"Sistem keadilan adalah untuk menyelesaikan kes-kes kesalahan jenayah di kalangan kanak-kanak. Jawatankuasa ini akan mengkaji rangka dan bantuan perundangan di samping program pemulihan dan integrasi," katanya pada majlis sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat kebangsaan pada Sabtu

-BERNAMA

Artikel Lain