suria

Himpunan Sejuta Umat Gagal Capai Sasaran

Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) gagal capai sasaran.
 Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) gagal capai sasaran.
Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) gagal capai sasaran.

SHAH ALAM: Jumlah peserta yang menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan pada Sabtu gagal mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 1 juta umat Islam.

Setelah hampir dua jam perhimpunan tersebut diadakan, stadium hanya dipenuhi kira-kira lima ribu peserta.

Namun demikian, tinjauan mStar Online mendapati terdapat beberapa orang bukan Islam yang hadir pada majlis yang berlangsung di Stadium Shah Alam, di sini.

Antara pemimpin yang turut serta dalam perhimpunan berkenaan, ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Himpun diadakan untuk memperkasakan suara umat Islam di Malaysia dalam mnenegakkan syiar Islam dan mencegah aktiviti memurtadkan umad Islam di negara ini.

Artikel Lain