suria

Sekitar Jalan Tun Sambanthan, Travers Ditutup Untuk Program RTM

KUALA LUMPUR: Sekitar persimpangan Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Travers akan ditutup kepada lalu lintas sempena siaran Amarkala Deepavali 2011 dari 23 hingga 26 Oktober ini. Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam satu kenyataan berkata jalan berkenaan ditutup pada 10 malam untuk memberi laluan kepada program itu yang disiarkan oleh RTM.

Justeru, pengguna dinasihat supaya menggunakan laluan alternatif ataupun menaiki kenderaan awam bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Bagi pengguna yang ingin membawa kenderaan sendiri, tapak parkir berbayar disediakan di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Brickfields.

Program Amarkala Deepavali 2011 disiarkan secara langsung pada 25 Oktober depan dari Little India, Brickfields. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain