suria

Perisian Cetak Rompak Bernilai RM1.5 Juta Dirampas

KUALA LUMPUR: Sejumlah 219 perisian cetak rompak bernilai RM1.5 juta dirampas dalam 11 serbuan yang dilakukan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur terhadap pengguna perisian korporat tahun ini.

Pengarah KPDNKK Abu Samah Shahbudin berkata turut dirampas adalah 49 komputer bersama dengan peralatan.

Syarikat berkenaan terlibat dalam bidang kejuruteraan mekanikal, seni bina dan firma seni reka dalaman, pembekal penyelesai perisian pemasaran bersepadu dan peniaga komputer, katanya pada satu sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau berkata perisian cetak rompak yang dirampas meliputi perisian perniagaan bagi penyuntingan foto, reka bentuk berkomputer, animasi, perlindungan antivirus, sistem operasi dan proses yang dimiliki anggota syarikat.

Business Software Alliance (BSA) seperti Adobe, Autodesk dan Microsoft, Abu Samah berkata menurut Akta Hak Cipta 1987, mana-mana syarikat yang didapati bersalah memiliki, selain daripada kegunaan persendirian dan domestik, pelanggaran salinan program komputer, syarikat dan pengarahnya boleh dikenakan denda antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap pelanggaran salinan perisian dan/atau dihukum penjara sehingga lima tahun. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain