suria

Enam NGO Bantah Corak Pentadbiran Guan Eng

GEORGE TOWN: Seramai 200 orang daripada enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menganjurkan perhimpunan secara aman di Komtar di sini bagi membantah dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mereka berkumpul di pintu masuk utama Komtar sambil membawa sepanduk serta meniupkan wisel dan membunyikan hon angin selama 15 minit sebelum bersurai.

Mereka terdiri daripada anggota Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (Kesan), Persatuan Peniaga Negeri Pulau Pinang dan Badan Bertindak Peniaga India Muslim.

Jurucakap kumpulan itu, Mohamad Ridzuad Mohamad Azudin, berkata tujuan perhimpunan itu adalah bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan negeri berhubung pengharaman permainan air di Batu Feringghi dan dasar pengambilan tanah yang dianggap menindas rakyat.

Mereka turut membakar risalah terbitan kerajaan negeri bertajuk 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain