suria

MB S'gor Tak Halang Kakitangan Negeri Hadiri Perhimpunan Sabtu Ini

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang kakitangannya daripada mengambil bahagian dalam Perhimpunan Sejuta Umat yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu ini asalkan ia dilakukan bukan ketika waktu pejabat, kata Menteri Besar.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak boleh menghalang kakitangan mereka daripada mengambil bahagian kerana ia adalah hak individu untuk terlibat dalam mana-mana organisasi bukan kerajaan yang berdaftar.

Bagaimanapun katanya, kakitangan kerajaan negeri tidak seharusnya menghadiri perhimpunan tersebut atas nama kerajaan negeri.

Artikel Lain