suria

Jabatan Penerbangan Beroperasi Di Putrajaya Mulai 1 November

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerangan akan memulakan operasinya di Kompleks Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya pada 1 November ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata semua urusan perkhidmatan kaunter dan operasi bilik berita, urusan kad perakuan media, sistem e-Press, sistem e-Akhbar dan Perpustakaan Foto akan dihentikan mulai Sabtu ini bagi membolehkan urusan berpindah ke bangunan baru dilakukan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Pegawai Perhubungan Awamnya Wan Saidatul Shafina Mohd Amin di talian 012-2121465 atau Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangannya Akilah Ariffin di talian 012-6276169. -BERNAMA

Artikel Lain