suria

Tun Abdullah Terima Kunjungan Ketua Umum MPR Indonesia

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima kunjungan hormat Ketua Umum Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Republik Indonesia, Mohamad Taufiq Kiemas di pejabatnya di sini, Rabu.

Kedua-dua pemimpin berbincang hampir sejam pelbagai perkara yang membabitkan hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia.

Mohamad Taufik berkunjung ke negara ini bersama enam anggota MPR dan media Indonesia.

Selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, rombongan itu turut menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Kunjungan sejak Isnin lepas itu bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua negara bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi turut membabitkan kalangan rakyat dan media. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain