suria

Sindiket Jual Visa Pelajar Bolehkan Pelajar Asing Terlibat Dengan Jenayah

PETALING JAYA: Sindiket ‘menjual visa pelajar ‘ memudahkan ramai penuntut negara asing bukan sahaja dapat belajar malah mereka boleh buat apa sahaja di Malaysia.

Dengan bayaran antara RM500 hingga RM1,000 kepada orang tengah, penuntut asing ini boleh mendapatkan serta memperbaharui visa mereka tanpa perlu pergi ke Jabatan Imigresen, kata sumber yang mengetahui mengenai operasi yang dilakukan oleh sindiket berkenaan.

Selain daripada menghadiri kuliah, pelajar asing berkenaan turut membuka perniagaan seperti menjual barangan alat ganti kereta serta membuka salon kecantikan sementara yang lain dipercayai terlibat dengan gejala tidak bermoral.

Dengan kira-kira 110, 000 pelajar asing di negara ini dengan 30,000 daripada jumlah berkenaan mengambil kursus janga pendek selama enam bulan dalam bidang teknikal.

Dalam perkembangan berkaitan:

*Tindakan akan diambil terhadap pelajar asing sekiranya mereka didapati terlibat dengan aktiviti jenayah kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

*Menteri Pengajian Tinggi, datuk Seri Khaled Nordin berkata pihak kementerian akan meminta laporan daripada institusi pengajian tinggi sekiranya ada pelajar asing yang didapati menyalahgunakan visa pelajar.

*Ketua Pengarah Jabatan Imgiresen, Datuk Alias Ahmad memberi amaran pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk menyenarai hitam serta melarang pelajar asing yang didapati menyalahgunakan visa pelajar daripada memasuki negara ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain