suria

Rosmah Terima Kunjungan Hormat TPM Somalia

PUTRAJAYA: Penaung misi kemanusiaan Bakti dan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia Datin Seri Rosmah Mansor menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Somalia Mohamed Mohamud H.Ibrahim di Seri Perdana di sini, Rabu.

Mohamed yang juga Menteri Luar Somalia tiba kira-kira pukul 10 pagi diiringi Timbalan Menteri Sumber Laut dan Alam Sekitar Somalia Ahmed Hassan Aden serta beberapa anggota delegasi.

Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira 30 minit.

Turut hadir Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Semalam Mohamed yang membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyerahkan laporan terperinci kerajaan Somalia mengenai insiden yang mengorbankan jurukamera Bernama TV (BTV) allahyarham Noramfaizul Mohd Nor semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan, 2 September lepas.

Ketika pertemuan itu, kerajaan Somalia turut menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia atas kejadian itu. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain