Pengurus Didakwa Ugut Guna Pistol Tiruan - Semasa | mStar

Pengurus Didakwa Ugut Guna Pistol Tiruan

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat pengiklanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas tuduhan mengugut seorang remaja wanita dengan menggunakan pistol tiruan.

Bagaimanapun, tertuduh Badrul Naim Adzizan, 24, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut di hadapan Majistret Azmil Muntapha Abas.

Tertuduh didakwa melakukan mengugut Fatin Nabilah Abdullah, 19, yang merupakan seorang penuntut di sebuah kolej swasta dengan mengacukan sepucuk pistol tiruan model 1911 A1.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah mangsa di Blok D-21-8, Apartment Melur, Jalan Sentul Timur, di sini pada pukul 11.30 pagi, 8 Oktober lalu.

Tertuduh yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, Badrul Naim juga didakwa atas kesalahan memiliki sepucuk pistol tiruan model 1911 A1 bersama Magezin berwarna hitam tanpa tujuan sah, pada pukul 12.15 tengah hari, 15 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad mengikut Seksyen 32(2) Akta Senjata 1960 (akta 206) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Azmil Muntapha menetapkan sebutan semula kes pada 23 November depan.

Artikel Sebelum

Penganggur Dituduh Edar Dadah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain