suria

Penganggur Dituduh Edar Dadah

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu, atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 159.5 gram, minggu lepas.

A. Parameswaran,25, didakwa mengedar dadah tersebut di kawasan tangga Blok 4, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam, Jalan Lapangan Terbang Lama, Sg Besi, pukul 3.40 petang, 12 Oktober lepas.

Tertuduh berasal dari Matang, Perak didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B (2) akta yang sama membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan dicatatkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin yang menetapkan 19 Dis depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain