suria

Pameran & Jualan Amal Bantu Kartunis Fatah Ngah

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan) akan menganjurkan satu pameran dan jualan amal koleksi karya seni kartunis terkenal tanah air, Fatah Ngah dari 21 hingga 30 Oktober ini.

Fatah dikenali menerusi kartunnya berjudul 'Lagak A. Mahmud' dalam majalah Gila-Gila.

Pameran dan jualan amal itu akan berlangsung di Laman Wau, Kompleks Kraftangan yang terletak di Jalan Conlay di sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kraftangan, pameran tersebut akan bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Jelas kenyataan itu, pameran dan jualan amal ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu kos rawatan dan perubatan Fatah Ngah yang kini sedang sengsara akibat penyakit saraf.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung pameran dan jualan amal ini boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia di talian 03-21613793 atau 03-21627533.

Artikel Berikut

Artikel Lain