suria

Kerajaan Akan Kaji Semula Had Kelayakan Pendapatan Skim Rumah Pertamaku

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula hak kelayakan pendapatan isi rumah bagi Skim Rumah Pertamaku, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Katanya kajian semula itu adalah sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012, yang menaikkan had pinjaman di bawah skim itu kepada RM400,000, daripada RM220,000.

"Had kelayakan itu kini RM3,500 (dan) kami sedang mengkaji sekitar RM6,000 hingga RM7,000," katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi mudah alih "Kurnia One Touch" di sini, Rabu.

Katanya perbincangan mengenai perkara itu masih berjalan dan kementerian itu sedang menunggu maklum balas dari bank-bank berkaitan cadangan itu.

"Kami telah meminta pihak bank memberikan kami angka yang mereka rasa selesa jika seseorang itu perlu perlu meminjam lebih banyak wang (di bawah skim itu)," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain