suria

Kementerian Pelajaran Luluskan Pembinaan Tujuh SJKC, Sebuah SJKT Dalam Tempoh Empat Tahun

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran telah meluluskan kira-kira tujuh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi tempoh 2008 hingga tahun ini.

Dalam kenyataan bertulis kementerian itu kepada Dewan Rakyat pada Rabu, tiada pembinaan sekolah baru bagi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) direkodkan.

Menurut kenyataan itu lagi, Kementerian Pelajaran akan menempatkan murid-murid di sekolah berhampiran tempat kediaman mereka bagi mengatasi masalah pendaftaran dalam jumlah besar di semua sekolah termasuk SJKC dan SJKT.

"Peruntukan bagi penambahan bilik darjah dan pembinaan bangunan baru turut disediakan bagi menangani masalah tersebut," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu memberitahu peruntukan yang disediakan adalah berdasarkan permohonan yang dikemukakan dan diteliti secara terperinci mengikut keutamaan.

"Kemampuan kewangan semasa kerajaan adalah faktor utama dalam melaksanakan sesuatu projek," tambahnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain