suria

Gangguan Bekalan Air Di Petaling Pada 23 Okt Dan 1 Nov

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air oleh pihak ketiga. Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada Rabu gangguan akan berlaku mulai pukul 9 malam pada 23 Oktober (Ahad) hingga 5 pagi keesokan disebabkan kerja pengalihan paip Syabas di bandar Glenmarie Km18.5, Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur).

Gangguan melibatkan Jalan Subang Airport Lama; SS12 Subang Jaya; SS13 Subang Jaya; SS14 Subang Jaya; SS15 Subang Jaya; SS17 Subang Jaya Airport; SS 18 Subang Jaya; SS19 Subang Jaya; U1 Temasya dan Saujana O Lot.

Gangguan juga akan berlaku bermula 10 malam pada 1 November (Selasa) hingga 5 pagi pada 2 Nov (Rabu) disebabkan kerja-kerja penyenggaraan Pencawang Rumah Pam, Bukit Gasing, Pantai Dalam oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kawasan yang terlibat ialah di Seksyen 1 hingga Seksyen 4 Petaling Jaya; Seksyen 6 hingga Seksyen 9 Petaling Jaya; Seksyen 18 Petaling Jaya; Jalan Pencala Petaling Jaya; Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling dan Jalan Klang Lama (Batu 3-Batu 6).

Turut terlibat ialah Jalan Sungai Besi; Pekan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Taman Sri Sentosa; Bukit Jalil; Jalan Puchong Batu 6-Batu 8; Taman Bukit Indah; Taman Tan Yew Lai; Seksyen 14; Seksyen 51A (Kampung Baiduri); Seksyen 22 (Taman Len Seng); SS9 (Sungai Way) dan Seksyen 51, Petaling Jaya.

Syabas menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain