suria

Cip Mikro Hilang: Polis Tahan Tiga Lelaki

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan enam kotak mengandungi cip mikro bernilai ratusan ribu ringgit di Terminal Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata ketiga-tiga lelaki berusia antara 20 hingga 23 tahun itu merupakan pekerja sebuah syarikat penghantaran.

"Kehilangan cip mikro itu disedari oleh seorang kakitangan kargo berkenaan pada pukul 2 pagi, Ahad selepas mendapati beberapa buah kotak yang menyimpan enam kotak cip mikro itu sudah terbuka.

"Dia melaporkan kepada polis dan susulan itu kita menahan tiga lelaki berkenaan pada Isnin," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Katanya polis juga akan mengambil keterangan pekerja di terminal kargo berkenaan bagi membantu siasatan.

Cip mikro itu adalah milik sebuah syarikat elektronik untuk dieksport ke Korea Selatan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain