Akta Keselamatan Sosial Pekerja Dipinda Sembilan Kali Sejak 1979 - Semasa | mStar

Akta Keselamatan Sosial Pekerja Dipinda Sembilan Kali Sejak 1979

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu diberitahu sehingga tahun lepas Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 telah dipinda sembilan kali sejak diperkenalkan pada tahun 1979.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata awal tahun ini, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah menyemak semula akta berkenaan bagi memastikan ia selaras dengan cadangan meningkatkan umur persaraan dan juga penetapan gaji minimum.

"Usaha dibuat untuk memastikan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dapat dipertingkatkan.

"Perkeso dari masa ke semasa meneliti dan mengkaji semula peruntukan sedia ada dalam akta supaya ia bersesuaian dengan keadaan semasa," katanya ketika menjawab soalan Abdullah Sanusi Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, Rabu.

Abdullah ingin tahu sama ada kajian dibuat terhadap kesesuaian peruntukan dalam Perkeso kerana ia telah lama dan tidak bersesuaian dengan kehendak semasa.

Semasa menjawab soalan tambahan Abdullah sama ada Perkeso akan mengeluarkan penyata kepada pencarumnya, Maznah berkata perkara tersebut sememangnya diberi perhatian serius kerana pencarum perlu mengetahui potongan caruman mereka.

"Proses menaik taraf sistem teknologi maklumat Perkeso sedang dilaksanakan supaya apabila pindaan akta dibuat pencarum akan memperoleh penyata mereka," tambah beliau. Menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) sama ada Perkeso akan menetapkan kadar bayaran pampasan lebih tinggi kepada pencarum, Maznah berkata Perkeso membuat kajian aktuari setiap lima tahun sekali.

"Ia dibuat dengan mengambil kira kos-kos hidup semasa dan pada 2010 telah membuat pelarasan kadar pencen kepada pencarum dari 0.6 peratus kepada 11.3 peratus.

"Selain itu, Perkeso turut mengkaji beberapa faedah diberi seperti perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, elaun layanan kepada pekerja terlantar untuk memastikan kadar bayaran sesuai dengan kos sara hidup semasa," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain