suria

Penyunting Star Metro Kini Naib Presiden NUJ

KUALA LUMPUR: Majlis Eksekutif Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) telah melantik Schave Jerome De Rozario dari Star Publications (M) Berhad sebagai naib-presiden.

Beliau mengisi jawatan yang dikosongkan Chin Sung Chew yang dilantik pada Mei sebagai presiden menggantikan Mohamed Ha'ta Wahari.

Setiausaha agung NUJ V.Anbalagan mengumumkan demikian dalam satu kenyataan di sini, Selasa. Schave, seorang penyunting dengan Seksyen Star Metro akan memegang jawatan itu hingga September 2012. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain