suria

Mayat Dua Remaja Lemas Ditemui

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lagi remaja lelaki, yang lemas bersama-sama seorang rakannya ketika memancing di Taman Sri Gombak semalam, ditemui berdekatan kawasan perangkap sampah di Gombak pada Selasa.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang menemui mayat Mohd Ashraf Salimin, 16, kira-kira 100 meter dari kawasan perangkap sampah itu tengah hari tadi.

Mayat rakannya Muhamad Saiful Nasihin, 16, ditemui pada 7.50 pagi tadi di kawasan perangkap sampah itu, kira-kira tiga kilometer dari tempat mereka dilaporkan hilang.

Kedua-dua remaja itu dihanyutkan arus deras semasa memancing bersama-sama dua rakan mereka di sebuah longkang besar di taman perumahan itu.

Rakan mereka Suhaimi Rashid, 20, dan seorang dikenali sebagai Daniel, 18, diselamatkan oleh orang awam dalam kejadian pada 6.30 petang Isnin. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain