suria

Malaysia Kutuk Dakwaan Plot Bunuh Duta Besar Arab Saudi Di AS

KUALA LUMPUR: Malaysia pada Isnin mengutuk dakwaan rancangan membunuh Duta Besar Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Adel al-Jubeir, di Washington.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia amat bimbang dengan dakwaan cubaan pembunuhan itu.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan untuk membunuh seorang wakil diplomatik sebuah negara berdaulat yang merupakan orang yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini.

Anifah juga menggesa komuniti antarabangsa supaya mengecam sekerasnya-kerasnya rancangan itu, jika terbukti, kerana ia boleh mencetuskan konfrontasi dan konflik serius di Timur Tengah.

Menurut laporan media asing minggu lepas, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menuduh ejen sebuah kerajaan asing terbabit dalam plot untuk membunuh duta besar itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain