suria

Enam Cubaan Seludup Balak Dari Sarawak Dipatahkan

KUCHING: Pasukan Gerakan Marin Wilayah Lima Sarawak mematahkan enam percubaan untuk menyeludup keluar kayu balak dari negeri itu dalam tempoh 10 bulan yang lepas, kata komandernya ASP Mohd Saleh Mat Jani.

Kes terbaru adalah tangkapan penahanan sebuah kapal di kawasan perairan Tanjung Engkilo dekat Batang Rajang di Sibu pada 5.40 pagi semalam yang sarat dengan muatan balak yang diperoleh secara haram, katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Mohd Saleh berkata pemeriksaan terhadap kapal yang dikendalikan oleh tiga krew warga tempatan itu mendapati ia membawa 372 kayu balak pelbagai jenis dan saiz dengan anggaran nilai rampasan termasuk kapal berkenaan ialah RM386,000.

Menurutnya pihak yang terbabit telah meletakkan tanda kelulusan palsu pada kayu-kayu balak itu bagi mengaburi pihak berkuasa. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain