suria

Jakim Beri Garis Panduan Kepada Penganjur Karnival Hiburan

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan karnival hiburan bagi memberi contoh kepada penganjur mengenai tatacara yang harus dipatuhi ketika menganjurkan karnival sedemikian.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata menerusi karnival terbabit, Jakim akan menyebarkan maklumat mengenai garis panduan yang wajar dipatuhi penganjur.

"Ia merupakan garis panduan sahaja dan bukannya wajib diikuti, tetapi melalui karnival tersebut Jakim akan memberi nasihat dan panduan yang sewajarnya diikuti oleh semua yang terlibat di dalam penganjuran karnival hiburan," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pelancaran Buku 'Koleksi Doa Imam Masjid Negara' terbitan Masjid Negara dan Karnival Best (Buat Elok Saja Tau).

Katanya karnival hiburan yang bakal dianjur Jakim itu menyamai Karnival Best tersebut yang akan berlangsung selama tiga hari di Laman 1Malaysia, Putrajaya, bermula 28 Oktober ini.

"Kami akan menunjukkan bagaimana seharusnya penganjur karnival hiburan membuat karnival hiburan. Tidak salah untuk menganjurkannya namun haruslah dengan cara yang sesuai dan sewajarnya," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain