suria

Graduan Jangan Terlalu Pilih Kerja - Maglin

KUALA LUMPUR: Graduan yang baru menamatkan pengajian disaran menerima pekerjaan yang ditawarkan, walaupun bukan bidang yang dipelajari di pusat pengajian.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata mereka tidak harus terlalu memilih kerja kerana untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian, mengambil masa.

Antara faktor lambakan pekerja asing di negara ini adalah kerana rakyat Malaysia terlalu memilih kerja, katanya kepada media selepas merasmikan Konvokesyen Ke-9 Kolej CQ-Tec di sini, Ahad.

Sementara itu, Maglin memuji usaha Kolej QC-Tec menyediakan pusat pembelajaran berkaliber bagi melahirkan tenaga kerja yang dapat membantu usaha Malaysia menjadi negara maju. Pada konvokesyen itu, seramai 300 pelajar menerima diploma serta sijil dalam bidang pengkhususan masing-masing termasuk pengurusan makanan dan minuman, sistem maklumat dan sistem komputer.

Sementara itu, ketika merasmi penutupan Kejohanan Badminton Piala Pusingan Tan Sri Somasudram di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Maglin berkata sukan mampu melahirkan generasi muda yang cergas dan berwawasan.

Beliau berkata penganjuran acara sukan juga dapat menjayakan seruan kerajaan agar ia menjadi aktiviti yang wajib disertai pelajar sekolah.

Kejohanan ketiga anjuran Persatuan Badminton Veteran Kuala Lumpur itu disertai kira-kira 700 pelajar sekolah dari seluruh Semenanjung.

Bagi kategori bawah 10 tahun lelaki, acara perseorangan dimenangi Sim Yee Lyn manakala kategori 10 tahun perempuan dimenangi Liew Yang Ling, kedua-duanya dari Kuala Lumpur. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain