suria

Empat Ditahan Positif Dadah Dalam Operasi Banteras Rempit

KUANTAN: Enam lelaki berusia antara 20 dan 30-an ditahan manakala 58 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi membanteras kegiatan merempit, di sini Ahad.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata mereka yang ditahan itu juga dipercayai positif dadah.

Dalam operasi selama empat jam sehingga 5 pagi itu, polis memeriksa 65 motosikal dan 58 pemilik dikenakan saman atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu dan tiada cukai jalan, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Isnin.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar memantau pergerakan anak masing-masing bagi mengelakkan terlibat dalam kegiatan merempit.

"Ibu bapa dan penjaga boleh didakwa dan disaman sekiranya dengan sengaja membiarkan anak mereka terutamanya di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain