suria

Tabung Bumiputera Bantu Rakyat Sarawak Lanjut Pengajian

KUALA LUMPUR: Tabung Bumiputera dengan dana permulaan sebanyak RM5 juta akan ditubuhkan bagi membantu rakyat Sarawak yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Jumaat. Beliau berkata setiap rakyat Sarawak, terutama di kawasan luar bandar perlu dibantu bagi memastikan mereka dapat berdikari dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

"Mana yang pandai kita tolong. Apa yang bimbangkan saya, rakyat Sarawak luar bandar tidak ada kesempatan untuk teruskan pengajian," katanya pada majlis "Lan Berambeh Anak Sarawak" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau berkata usaha itu juga adalah bagi memastikan rakyat menjelang tahun 2030 dapat menguasai kemahiran dalam sektor perniagaan dan perindustrian yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dan Sarawak khususnya.

Lebih 3,000 rakyat Sarawak hadir pada majlis makan malam itu. - BERNAMA

Artikel Lain