suria

Pengusaha Kilang Makanan Perlu Berdaftar Mulai 1 Jan 2012

KUCHING: Semua pengusaha kilang makanan dikendendaki mendaftar premis masing-masing di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 sebelum 1 Jan depan, kata Ketua Pengarah kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman.

Beliau berkata, pengusaha kilang makanan boleh berhubung dengan Jabatan Kesihatan negeri atau Pejabat Kesihatan daerah berhampiran untuk mendaftarkan kilang mereka dari aspek ciri-ciri premis makanan, peralatan dan perkakasan serta pengendalian makanan semasa penyediaan, penyimpanan, penjualan dan pengangkutan.

"Sebenarnya prosedur pendaftaran sangat mudah tanpa sebarang syarat dan apa yang diperlukan adalah memaklumkan kewujudan kilang makanan melalui pendaftaran ini," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata pendaftaran itu boleh dibuat secara online melalui laman web http://fosimdonestic.moh.gov.my. Tiada yuran dikenakan untuk pendaftaran.

Kegagalan mematuhi peraturan itu merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain