suria

Parlimen Hulu Selangor Terima RM100,000 Bantu Penduduk Rai Deepavali

PETALING JAYA: Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM100,000 bagi Parlimen Hulu Selangor untuk membantu kira-kira 2,000 penduduk dari kumpulan sasar membuat persediaan menyambut Deepavali.

Anggota Parlimen kawasan itu P. Kamalanathan berkata peruntukan tersebut dijangka disalurkan dalam masa dua minggu.

"Saya yakin peruntukan ini cukup untuk meringankan beban mereka sempena perayaan Deepavali 26 Okt ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 50 murid terpilih dari kawasannya, di sini Jumaat.

Pada majlis itu, murid dari dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bukit Beruntung dan SJKT Ladang Sungai Choh tersebut turut menerima RM200 untuk membeli-belah pada program yang dianjurkan bersama Perodua Rawang.

Kamalanathan berkata mereka dipilih berdasarkan pendapatan keluarga di bawah RM500 sebulan.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan Perodua Suresh Kumar. - BERNAMA

Artikel Lain