Kesetiaan Anggota Seumur Hidup Gerakan Perlu Diteladani:Koh - Semasa | mStar

Kesetiaan Anggota Seumur Hidup Gerakan Perlu Diteladani:Koh

KUALA LUMPUR: Kesetiaan anggota seumur hidup Gerakan untuk terus bersama parti walaupun ketika keadaan mencabar merupakan lambang "satu hati" yang perlu diteladani anggota lain, kata Presiden Parti Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata mereka adalah tulang belakang yang boleh memperkasakan parti dan golongan muda dalam Gerakan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli seumur hidup yang sentiasa bersama dengan parti dalam keadaan begitu mencabar kini," katanya dalam ucapan ringkas pada Majlis Makan Malam Ahli Seumur Hidup Gerakan, di sini malam tadi.

Majlis itu yang disertai kira-kira 200 anggota veteran parti adalah sempena Persidangan Perwakilan Nasional ke-40 Gerakan yang akan berlangsung mulai Sabtu.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata anggota terbabit yang ada di antaranya telah bersama Gerakan lebih 40 tahun, kaya pengalaman yang boleh dikongsi dengan anggota lain. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Kerajaan Cadang Tubuh Briged Sukarela PLKN

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain