suria

Anggota Kementerian Perlu Tingkat Mutu Perkhidmatan:Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) harus melipat gandakan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan ke arah mencapai matlamat yang disasarkan kerajaan, kata menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Keupayaan intelektual, daya kreativiti dan inovasi perlulah diperkukuhkan bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan secara keseluruhannya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi. Beliau berkata pendidikan kepenggunaan perlu disampaikan ke peringkat akar umbi agar dapat melahirkan pengguna yang berpengetahuan.

Di samping itu, pendekatan yang berhemah tetapi tegas perlu dilaksanakan bagi aktiviti-aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan aspek-aspek perundangan di bawah kawal selia kementerian, tambahnya.

"Kakitangan KPDNKK perlu peka dengan rintihan rakyat tanpa mengira kaum dan tidak boleh mengelak daripada menerima rungutan dan ketidakpuasan hati mereka," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain