Suami Isteri Dipenjara, Denda Kerana Perdagang Wanita - Semasa | mStar

Suami Isteri Dipenjara, Denda Kerana Perdagang Wanita

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dihukum penjara lapan tahun dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan memperdagangkan wanita warga Filipina bagi tujuan pelacuran, dua tahun lalu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Kwong Tuck Choy dan isterinya warga Filipina, Nancy Pahim Nayan Rillera, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pasangan suami isteri itu masing-masing berumur 40 tahun, dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan jika gagal membayar denda itu boleh ditambah enam bulan penjara.

Ahmad Zamzani memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula Jumaat. Beliau turut membenarkan permohonan peguam V. Ravi Chandran yang mewakili kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu, sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Tinggi. Ahmad Zamzani memerintahkan jumlah jaminan mereka sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dinaikkan kepada RM10,000 serta syarat tambahan lain melaporkan diri setiap bulan di Balai Polis Sentul.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan mencapai niat bersama telah memperdagangkan Dynalyn Villarico Antijojo, 23, bagi maksud eksploitasi di Winner Height Condo, Jalan 2/125, Taman Desa Petaling, Cheras pada 6.30 petang, 24 Ogos 2009.

Mereka turut didakwa bagi dua pertuduhan yang sama terhadap Rhea Aesulga Lim, 23, dan Sarah Francisco Pintcing, 24, di tempat dan pada masa yang sama.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Asyiqin Zulkifli mengemukakan seramai tujuh saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan mengemukakan lima saksi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain