GAPS Minta Dr Abdul Aziz Disiasat Di Bawah Akta Hasutan - Semasa | mStar

GAPS Minta Dr Abdul Aziz Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) pada Khamis menggesa pihak berkuasa menyiasat Prof Dr Abdul Aziz Bari mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya yang mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama, Ogos lepas.

Pengerusinya Hamidzun Khairuddin berkata tindakan serupa juga patut diambil ke atas sebuah portal yang menyiarkan laporan berita berkenaan.

"Dalam hal ini, Abdul Aziz dan portal berita terbabit telah melakukan perbuatan serius sebab ia melibatkan dua institusi penting iaitu agama dan raja," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu bersama wakil dari 20 badan bukan kerajaan di Balai Polis Seksyen 6 di sini.

Abdul Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dipetik sebagai berkata oleh sebuah portal baru-baru ini, tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja itu bukan sesuatu yang lazim selain menyifatkannya sebagai tidak konsisten.

Sementara itu, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor yang turut membuat laporan polis, berkata Abdul Aziz harus diambil tindakan oleh senat universiti itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Edar Ketamin: Warga India Ke Tali Gantung

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain