suria

Dua Lelaki Ditahan Di Cherating Bersama Dadah RM66,000

KUANTAN: Dua lelaki dipercayai pengedar dadah diberkas ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis di Kampung Cherating tengah malam tadi.

Polis turut menemui dadah jenis syabu dan Eramin 5 bernilai RM66,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt Yap Toon Khuan, berkata berdasarkan maklumat, anggota polis telah menahan sebuah kereta pada 12.15 pagi tadi, dan dua lelaki berusia 33 dan 38 tahun di dalamnya cuba melarikan diri sebelum diberkas.

"Pihak polis menemui dadah berkenaan di dalam kereta suspek," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain