suria

Dua Buah Syarikat Penerbangan Dalam Negara Boleh Berjalan Seiring

KUALA LUMPUR: Usaha untuk mewujudkan dua buah syarikat penerbangan di negara ini bukanlah sesuatu yang luar biasa dan tidak boleh dilakukan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamaruddin Meranun berpendapat, langkah berkenaan boleh dilakukan memandangkan Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia merupakan dua buah syarikat penerbangan yang berbeza.

Menurutnya, dengan adanya dua buah syarikat penerbangan dalam negara - satu yang bertambang murah dan satu lagi bertambang premium, ia akan memberikan lebih banyak pilihan kepada penumpang untuk terbang ke destinasi yang mereka mahukan.

"Kenapa tidak boleh ada dua? Masing-masing mempunyai daya tarikannya tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk kepentingan bersama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24.

Dalam pada itu, Kamaruddin turut menafikan wujud tangan-tangan ghaib dalam urusan pertukaran saham dengan MAS yang dimeterai baru-baru ini.

Sebaliknya, tegas beliau, segala perjanjian mengenai pertukaran saham dengan MAS dilakukan secara terus dengan pihak Khazanah Nasional Berhad.

Artikel Lain