suria

Bekas Tentera Sarawak Sambut Baik Akta Veteran

KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Sarawak menyifatkan Akta Veteran 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu sebagai dasar sosial yang terbaik untuk bekas pejuang kerana undang-undang itu mengutamakan kebajikan mereka.

Ketua penerangannya Kol (B) Awangku Jamuddin Pengiran Kon berkata Akta Veteran 2011 mampu meningkatkan taraf hidup bekas tentera yang menjadi rakyat biasa selepas menamatkan perkhidmatan mereka.

Beliau menolak dakwaan kononya akta berkenaan akan menghalang kebebasan bersuara anggota PBTM.

Anggota jawatankuasa PBTM Sarawak Kol (B) Fabian Wong pula berharap semua bekas tentera akan menyokong usaha untuk menambah baik kebajikan pesara tentera melalui akta itu dengan mendaftarkan diri sebagai veteran tentera supaya tidak timbul masalah tidak mendapatkan bantuan kebajikan yang sepatutnya.

Beliau juga mencadangkan agar JHEV membuka cawangannya di beberapa bandar di Sarawak seperti Kapit, Sibu, Miri, Limbang dan Betong kerana ramai bekas tentera tinggal di kawasan luar bandar.

Setakat ini, JHEV di Sarawak hanya mempunyai pejabat di Kuching. - BERNAMA

Artikel Lain