Polis P.Pinang Siasat Kemungkinan Anggota Sendiri Curi Enjin Bot Peronda - Semasa | mStar

Polis P.Pinang Siasat Kemungkinan Anggota Sendiri Curi Enjin Bot Peronda

GEORGE TOWN: Polis sedang menyiasat kemungkinan penglibatan anggotanya dalam kes kehilangan empat enjin kapal peronda dari stor Polis Marin di sini minggu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata, setakat ini dua anggota polis marin berpangkat Lans Koperal berusia 20 dan 35 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengenai kes itu.

Rabu lepas, empat buah enjin bot milik polis yang disimpan di stor penyimpanan barang pelupusan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dilaporkan hilang oleh anggota bertugas di stor berkenaan.

"Petugas itu mendapati enjin bot yang dalam proses pelupusan telah hilang dan saya telah mengarahkan supaya siasatan dilakukan bagi mengenal pasti sama ada terdapat anggota polis yang menyalahgunakan kuasa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Koperal kepada 420 anggota polis di sini, Rabu. Beliau berkata enjin-enjin bot itu adalah aset kerajaan walaupun sedang dalam proses pelupusan.

Katanya polis masih berusaha mengesan enjin bot yang hilang itu dan yakin ia akan ditemui dalam masa terdekat.

Empat enjin yang dilaporkan hilang itu ialah jenis Mercury 200 hp dan 150 hp buatan Amerika Syarikat seberat hampir 200 kilogram yang dianggarkan bernilai "ratusan ribu ringgit".

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan, dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PLKN: Kerajaan Belanja RM4.7 Bilion

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain