suria

PAS Mahu Kerajaan Kaji Semula Undang-Undang Bendung Masalah Jenayah

KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan supaya mengkaji semula undang-undang yang diguna pakai di negara ini dalam menangani kegiatan jenayah yang semakin berleluasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, barangkali ada sesuatu yang tidak kena dengan undang-undang yang digunakan sekarang sehingga kadar jenayah, rasuah dan gejala maksiat tidak dapat dibendung lagi.

"Oleh itu, kerajaan mesti mengkaji semula undang-undang yang digunakan pada hari ini...mungkin ada yang tidak berkesan," katanya ketika membahasakan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan undang-undang yang mengutamakan syariat Islam melalui institusi agama yang ada di negara ini.

"Kerajaan perlu kenalkan syariat Islam kepada masyarakat. Kita ada Ikim (Institut Kefahaman Islam Malaysia), ada mufti dan boleh perkasakan aktiviti mereka untuk atasi masalah jenayah kerana keamanan merupakan satu rukun penting dalam negara yang bertamadun," katanya.

Artikel Lain