Tidak Semua Pelajar Tercicir, Tidak Bersekolah - Wee Ka Siong - Semasa | mStar

Tidak Semua Pelajar Tercicir, Tidak Bersekolah - Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR: Keciciran pelajar di peringkat sekolah menengah tidak bermaksud mereka meninggalkan alam persekolahan tetapi sebaliknya menyambung pelajaran mereka di sekolah bukan kelolaan Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong menjelaskan ada pelajar sekolah menengah meneruskan pembelajaran di sekolah swasta, sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah persendirian Cina.

"Laporan media semalam tidak menggambarkan apa yang saya katakan, saya ingin membetulkan istilah sebenar 'keciciran' di sini," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen pada Selasa.

Pada Isnin, Wee berkata kira-kira 10.83 peratus keciciran murid di peringkat sekolah rendah dan menengah yang mengikuti sistem persekolahan di bawah Kementerian Pelajaran dicatatkan antara tahun 2006 hingga 2010.

Selain itu, katanya ada juga pelajar yang mengikut program 'home schooling' atau belajar di rumah di bawah kawal selia ibu bapa selepas mendapat kebenaran kementerian.

"Ada yang belajar di luar negara kerana mengikuti ibu bapa bekerja di luar negara," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain