suria

Sime Darby Tidak Diwajib Dapatkan Saham E&O

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd menyatakan bahawa ia tidak diwajibkan membuat tawaran mandatori bagi mendapatkan baki saham yang tidak dimilikinya di dalam Eastern & Oriental Bhd (E&O), berdasarkan dapatan Suruhanjaya Sekuriti.

Sime Darby, pengeluar minyak sawit yang diniaga secara terbuka terbesar di dunia, telah mengambilalih kepentingan 30 peratus di dalam pemaju hartanah, E&O pada harga RM766 juta pada 9 September.

"SC mendapati bahawa Sime Darby dan Datuk Terry Tham Ka Hon (pemegang saham E&O) bukannya pihak yang bertindak secara bersama dan dengan demikian obligasi tawaran mandatori tidak timbul," kata Sime Dary di dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

Kedua-dua pihak sebelum itu telah menghentikan dagangan saham masing-masing. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain