suria

RM18 Juta Diperuntukkan Sebagai Bantuan Kebajikan Di Pahang

RAUB: Sejumlah RM18.7 juta diperuntukkan bagi membantu golongan miskin, warga emas, Orang Kurang Upaya, ibu tunggal, anak yatim dan golongan sasar di Pahang pada tahun ini, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) Datuk Shamsiah Hussein.

Peruntukan itu meningkat berbanding tahun lepas berjumlah RM17.6 juta.

"Selain memberi bantuan kepada golongan terbabit, JKM turut menyelia beberapa buah pusat aktiviti khas warga emas seperti Pusat Jagaan Harian Warga Emas, Rumah Sejahtera dan Institusi Warga Emas dengan memberikan perhatian sepenuhnya kepada golongan terbabit," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Warga Emas Peringkat Daerah Raub di sini.

Beliau berkata perhatian terhadap warga emas perlu diutamakan supaya mereka tidak merasa tersisih dalam pembangunan komuniti sesuatu kawasan.

Purata usia warga emas lelaki kini ialah 75 tahun manakala wanita 80 tahun, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain