suria

Polis Buru Suspek Tembak Pemandu Peribadi Doktor

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu suspek yang menembak pemandu peribadi seorang doktor sebelum meragut beg sandangnya berdekatan sebuah klinik di Wangsa Maju di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supritendan Othman Abu Bakar berkata siasatan sedang berjalan bagi mengenal pasti suspek serta seorang rakannya.

"Suspek memakai baju berlengan panjang dan memakai topi keledar bertutup penuh justeru identitinya masih belum dapat ikenalpasti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata mangsa, 25, kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Kuala Lumpur dan peluru di tengkoknya berjaya dikeluarkan.

Dalam kejadian pada 5.30 petang semalam, mangsa yang sedang menunggu majikannya di tepi kereta berdekatan klinik tersebut, didekati suspek yang cuba merampas beg sandangnya sebelum ditembak di leher selepas dia melawan dan berlaku pergelutan.

Suspek kemudian melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang rakannya. Beg sandang mangsa hanya mempunyai dokumen peribadi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain