suria

MP Ipoh Barat Minta Tiada Sidang Parlimen Pada 25 Oktober

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran memohon Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz agar tidak mengadakan sidang Parlimen pada 25 Oktober berikutan Hari Deepavali pada keesokkannya, 26 Oktober.

"Jika Parlimen bersidang pada 25 Oktober, ia akan menyukarkan Anggota Parlimen berbangsa India kerana pada hari itu para penganut Hindu bersembahyang dan berkumpul bersama keluarga, satu amalan bagi penganut Hindu untuk bersembahyang bagi kaum keluarga yang telah meninggal dunia pada ambang Deepavali dan berkumpul setahun sekali dengan anggota keluarga.

"Jalan akan sesak di semua jalan utama pada 25 Oktober dan ini akan menyusahkan kita semua," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Katanya beliau juga akan menyuarakan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain