suria

Dua Penunggang Motosikal Maut Dalam

KUANTAN: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di Pahang, pada Isnin.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pertama, seorang petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Jerantut maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas dan terjatuh ke dalam cerun di Kilometer (KM) 31, Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands dekat Kuala Lipis.

Beliau berkata ketika kejadian pada pukul 4.30 petang itu, Kaharuddin Ismail, 53, bersama empat lagi rakannya dalam perjalanan pulang ke Jerantut selepas berkonvoi ke Cameron Highlands untuk beriadah.

Sementara itu, seorang pemuda, Mohammad Najid Mat Khil, 26, maut dalam kemalangan di KM138 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Temerloh pada pukul 6.15 petang.

Mohamed Fauzi berkata mangsa yang sedang menuju ke Kuantan dari arah Kuala Lumpur gagal mengelak lalu bertembung dengan sebuah motosikal lain yang keluar dari simpang sebelah kiri.

"Ekoran itu, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah hadapan," katanya ketika ditemui di sini, Selasa. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain