suria

RM3.1 Juta Dibelanjakan Untuk Projek Rumah Terbengkalai

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan sebanyak RM3.1 juta sehingga 30 September lalu bagi membangunkan semula projek perumahan swasta terbengkalai di Negeri Sembilan dan Selangor.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pemulihan di Negeri Sembilan melibatkan suntikan dana sebanyak RM1.4 juta manakala peruntukan RM1.7 juta untuk projek kos rendah di Selangor.

Menurut beliau, bilangan projek perumahan terbengkalai sedia ada pada 31 Disember 2008 adalah sebanyak 144 projek dan bagi tempoh 2009 sehingga 30 September lalu kira-kira 23 projek.

"Kerajaan amat komited dalam menyelesaikan projek perumahan swasta terbengkalai kerana ia akan memberi kesan secara langsung kepada pembeli rumah," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Merbok (PKR), Datuk Rashid Din mengenai jumlah perbelanjaan yang diperuntukan kerajaan dalam membangunkan projek perumahan terbengkalai dalam tempoh tiga tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, KPKT melalui Jabatan Perumahan Negera akan mengambil tindakan dengan mengenal pasti pemaju-pemaju yang berkeupayaan dan berpengalaman untuk mengambil-alih pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai bagi menangani isu tersebut.

"Kita juga akan mendakwa dan mengenakan kompaun ke atas pemaju-pemaju yang tidak mematuhi peruntukan dan peraturan yang terkandung di dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118)," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain